|
Ditulis oleh Web Master
|
|
Saturday, 12 June 2004 |
|
 Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tengku Mahmud. Laman ini merupakan wadah kepada semua warga SMKTM termasuk bekas pelajar dan ibubapa untuk berinteraksi di antara satu dengan yang lain. Laman ini juga terbuka kepada semua pengunjung yang ingin berkongsi maklumat dan pendapat yang berguna kepada semua. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan cadangan sila kemukakan kepada pentadbir laman ini. Terima kasih. |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 27 July 2009 )
|
|
|
BI syarat wajib lulus SPM |
|
Ditulis oleh meezzy
|
|
Monday, 15 June 2009 |
|
Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan 
Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini. Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 15 June 2009 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Guru Pembina Negara Bangsa |
|
Ditulis oleh meezzy
|
|
Thursday, 23 April 2009 |
Festival Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan yang akan diadakan bermula 14 Mei sehingga 17 Mei di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dijangka diadakan secara besar-besaran. Antara yang menarik ialah Terowong Masa (Time tunnel) yang akan memaparkan sejarah pendidikan negara dan perguruan di negara ini. Dengan tema Hari Guru iaitu, Guru Pembina Negara Bangsa, terowong berkenaan akan memaparkan gambar-gambar era pendidikan sejak 1800 iaitu permulaan pendidikan sekolah pondok sehinggalah pendidikan alaf baru. Selain itu lebih banyak gambar-gambar bersejarah tentang era pendidikan guru termasuk tokoh-tokoh pendidik yang belum pernah dipertontonkan kepada orang ramai akan dipamerkan pada festival tersebut. Evolusi sejarah profesionalisme perguruan juga akan dipamerkan yakni bermula dengan pendidikan guru di maktab yang menganugerahkan sijil sehinggalah ia menganugerahkan diploma dan ijazah. Terowong Masa itu turut mempamerkan gambar-gambar perkembangan pendidikan setiap abad termasuk perkembangan guru alaf baru dengan wujudnya Prasekolah, Sekolah Wawasan, Sekolah Integrasi, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Integriti dan Sekolah Kluster. Buat pertama kalinya, festival tersebut akan mempamerkan hasil inovasi guru-guru yang memenangi pelbagai pertandingan inovasi mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pameran dan Pelancaran Buku sempena perayaan Hari Guru yang bermesyuarat di Kementerian Pelajaran menjangka pameran itu akan menarik minat guru dan pelajar sekolah di sekitar pantai timur. Ini kerana banyak yang boleh dipelajari oleh warga pendidikan contohnya mengenai sejarah dan perkembangan dasar-dasar pendidikan negara ini. Justeru seluruh warga pendidikan di sekitar pantai timur perlu mengambil peluang untuk datang melawat festival berkenaan. Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan kali ini adalah yang kali kedua diadakan di Terengganu. Kali pertama diadakan di negeri itu ialah pada tahun 1996 di Wisma Darul Iman. sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 27 April 2009 )
|
|
| |
|
Bilangan pelawat sejak 11 Okt 2008
Who's Online
Kami ada 17 tetamu online
- Pictures: 52
- Categories: 4
- Hits: 6868
|