|
Ditulis oleh meezzy
|
|
Sunday, 15 March 2009 |
Capaian wayarles lebih pantas  | Pengarah Jualan Serantau, Tang Boon Ping, menunjukkan rangkaian router terbaru Linksys ketika majlis pelancaran di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
-sumber utusan.com.my LINKSYS, jenama peneraju produk perkakas tanpa wayar dan alat rangkaian, mengumumkan pelancaran tiga model penghala (router) terbarunya, baru-baru ini. Penggunaanya yang disasarkan bagi persendirian dan organisasi kecil itu menjanjikan prestasi unggul selain tampil dengan ciri fungsi pintar dan reka bentuk bergaya. Model-model tersebut meliputi WRT54G2, untuk sokongan rangkaian wayarles G (wireless-G broandband), manakala WRT54G2 dan WRT310N membuka akses sokongan terhadap rangkaian wayarles N (wireless-N broadband). Dalam pada itu, rangkaian wayarles-N berupaya memberi janaan kuasa capaian serta liputan isyarat yang lebih pantas dan luas berbanding rangkaian wayarles G dan B. Lebih menarik, keseluruhan model penghala itu dilengkapi dengan teknologi pintar ‘Linksys Easylink Advisor’ (LELA) yang berupaya memudahkan proses penggunaan dan memastikan sambungan rangkaian sentiasa stabil. Aplikasi LELA ini berfungsi seperti perunding teknologi yang membantu pengguna bagi tujuan pemasangan, perhubungan dan pengurusan. Secara ringkas, LELA merupakan perisian pintar yang membantu memudahkan segala proses pengendalian dan sentiasa mengawasi sambungan berada dalam keadaan lancar. Teknologi tersebut juga memperlihatkan ia sentiasa dikemaskini secara automatik dan mampu mengesan sebarang masalah teknikal (troubleshoot). Ia juga membantu menyelesaikan sebarang konflik yang mampu menganggu kelancaran pada sambungan. Bagi memudahkan lagi pengguna, LELA didatangkan dengan antara muka yang pasti memudahkan sesiapa sahaja untuk mengendalikannya. Dari segi rekaan, keseluruhan model penghala terbaru ini didatangkan dengan saiz yang nipis dan kompak selain rekaan diperkemaskan dengan tiada antena luaran kelihatan. Warna hitam berkilat pada bahagian luaran menampakkan penghala tersebut lebih bergaya dan mudah disesuaikan dengan perkakas elektronik yang lain. Ketiga-tiga model penghala Linksys itu akan mula dipasarkan di pasaran tempatan mulai pertengahan Jun depan. Harga runcit yang ditawarkan adalah seperti berikut, WRT54G2- RM175, WRT160N- RM320, WRT310N- RM469. Maklumat lanjut di laman web www.linksys.com.my Spesifikasi *Model: WRT54G2*Standard :IEEE 802.3, IEEE802.3u, IEEE80211g, IEEE802.11b.*Port: Internet- Satu 10/100 RJ-45 port.*LAN- Empat 10/100 RJ-45.*Butang: butang set semula dan butang Wi-Fi Protected Setup (WPS).*Lampu Led: Kuasa, Wayarles, LAN (1-4), Internet, Wi-Fi (WPS)*Jenis kabel: CAT5*Bilangan antena: 2 binaan dalam*Ciri keselamatan: Polisi Internet, pelindung ‘Firewall’ SPI.*Model: WRT160N*Standard : Draf 802.11n, 802.11g, 80211b, 802.3, 802.3u.*Port: Kuasa, Internet, Ethernet.*Butang: Set semula dan WPS*Lampu Led: Ethernet (1-4), WPS, Wayarles, Internet, Kuasa.*Jenis kabel: CAT5e.*Bilangan antena: 2 binaan dalam*Ciri keselamatan: WEP,WPA,WPA2*Model: WRT310N*Standard : Draf 802.11n v2.0, 802.11g, 80211b, 802.3, 802.3u, 802.3ab.*Port: Kuasa, Internet, Ethernet.*Butang: Set semula dan WPS*Lampu Led: Kuasa, Wayarles, LAN (1-4), Internet, Wi-Fi (WPS)*Jenis kabel: CAT5e*Bilangan antena: 3 binaan dalam*Ciri keselamatan: sehingga 256 bit enkripsi wayarles dan pelindung ‘Firewall’ S
|
|