|
Ditulis oleh Mohd Zaferi
|
|
Saturday, 11 October 2008 |
|
Bagi pihak semua warga sekolah ini, saya mengucapkan selamat melayari laman web sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini. Pertemuan kita ini menggambarkan kejayaan usaha kami untuk meletakkan SMKTM di jendela dunia yang tidak mempunyai sempadan dalam alam siber ini. Saya berharap semua bekas pengetua, bekas guru dan bekas pelajar SMK Tengku Mahmud akan dapat menjalin hubungan semula dengan sekolah lama mereka dan seterusnya memberi bantuan dan perkhidmatan dalam apa-apa bentuk sekali pun dengan menghubungi kami melaui surat elektronik atau e-mail. Kepada semua pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang pandangan atau komen bagi membantu meningkatkan keberkesanan pegurusan pendidikan di sekolah ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada web master kerana berjaya menjadikan laman web sekolah ini satu kenyataan dan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan membangunkan laman web sekolah ini. SELAMAT MELAYARI LAMAN SEKOLAH KAMI! TERIMA KASIH "DETERMINATION LEADS TO SUCCESS" TUAN MUHAMAD YUSOF TUAN SULAIMAN Pengetua, SMK Tengku Mahmud
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 13 April 2009 )
|